Ahad, 28 Jun 2009

kunjungan Hormat Ke Jepun



Blok C : selaku timbalan president, datuk sri paduka Remy Bing telah membuat kunjungan hormat ke negara jepun utk menemui rakan sejawatnya,sir minoru shirota selain mengeratkan lagi hubungan perdangan diantara kedua-dua negara. kunjungan tersebut juga turut disertai bekas president, tun dr. unta bahri.

selain itu, kunjungan tersebut juga dilakukan adalah bagi memperbaharui semula kontrak pembelian minuman susu Yakult, selain melangsaikan hutang pembelian susu yg tertunggak,utk 9 bulan yg sebelumnya.

" Yakult adalah baik utk kesihatan.. saya minum dua.." kata beliau ketika ditemubual. di samping itu, datuk sri paduka remy juga berkesempatan utk mencuba beberapa alat muzik berteknologi tinggi yg direka sepenuhnya oleh rakyat jepun sendiri.

pemimpin yang prihatin



Blok H : tiada kata-kata yg dapat diungkapkan bagi menghargai segala jasa dan kebaikan yg di curahkan oleh pemimpin kpd rakyat di negara ini. begitulah yg diharapkan. seorang pemimpin yang cukup prihatin terhadap kesempitan hidup segelintir masyarakat yg selama ini tidak terbela nasibnya.

pagi tadi, selepas selesai menunaikan solat subuh secara berjamaah di sebuah masjid kg. buah serto, presiden negara iaitu datuk dr. khai tap ir. ( spt gmbar di atas ) sempat beramah mesra bersama penduduk kampung tersebut selain menghulurkn bantuan kpd pnduduk kampung yg kini sedang dilanda ketakutan untuk turun ke laut dan mencari nafkah, akibat amukan kumpulan pirate of tioman.

difahamkan, kumpulan lanun itu mengamuk serta mengadakan mogok lapar kerana janji-janji yg diberikan oleh seorg pemimpin yg terdahulu masih belum dikotakan. suatu ketika dulu, berita gempar pernah tersebar di seluruh negara mengenai kes penculikan seorg pencari kerang profesional, iaitu en. alham sebelum dibebaskan oleh kumpulan lanun tersebut setelah menandatangani perjanjian bersama tun dr. unta bahri.

di dalam perjanjian tersebut, tun dr. unta bahri telah berjanji utk memberikan sebatang lg rokok sbg syarat bagi membebaskan tahanan. tetapi sehingga kini, kumpulan lanun tersebut terus hampa kerana langsung tidak menerima sebatang lg rokok yg dijanjikn.

oleh itu, presiden negara yg kini, iaitu datuk dr. khai tap ir. berjanji akn memenuhi janji tersebut dan berharap agar kumpulan lanun tersebut tidak akan menimbulkan lg kekacauan di sempadan perairan negara.

" kito bg sedozen lallu.." begitulah respon pendek yg diberikan oleh datuk dr. khai tap ir. ketika ditemuramah oleh wartawan sebelum memasuki dewan parlimen tengah hari td.

Jumaat, 26 Jun 2009

Jangan Terus Berpesta



Teluk Nganga : hari ini, president negara iaitu dato' dr. khai tap ir. mengingatkan kesemua pemimpin supaya jangan leka dengan mengadakan pelbagai pesta untuk meraikan kejayaan mereka yang lepas. seharusnya, kesemua ahli kabinet yang diipilih harus bekerja keras demi membalas jasa rakyat yang selama ini mempercayai sepenuhnya kepimpinan mereka.

"...para pemimpin digesa supaya lebih peka terhadap kepentingan rakyat, bukan menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan sendiri.." ucap dato' khai ketika ditemuramah oleh wartawan.

rakaman video di atas sempat dirakamkan oleh wartawan ketika menghadiri pesta hari kedua yang di adakan di kediaman dato' sri paduka remy bing. pesta itu dikatakan akan diadakan selama seminggu berturut-turut.

turut hadir ketika pesta hari kedua itu, termasuklah gabenor negara, dato' bong zarul. beliau mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan pectoralis rakyat yang menang besar di dalam pilihan raya yang lepas setelah mengalahkan pencabar.

keputusan pilihan raya adalah seperti berikut:

* parti pectoralis rakyat- 90% undi.
* parti unta comel- 7% undi.
* parti serangkai puaka- 2% undi.
* parti janin terbang- 1%.

Khamis, 25 Jun 2009

Majlis meraikan kemenangan pectoralis rakyat



Teluk Nganga : tanggal 21 jun 2009 yang lalu, dunia telah menyaksikan seorang pemerintah yang berwibawa iaitu dato' dr. khai tap ir. mengangkat sumpah di hadapan sultan yang mulia, sultan safwan ahmadiah di istana negara.

kemudian, dato' dr. khai tap ir. telah melantik seorang pemimpin yang sangat dipercayaai, dan di gemari oleh sekelian rakyat, iaitu dato' sri paduka Remy Bing, yang merupakan bekas mufti negara, untuk menjadi org kedua yang berkuasa di dalam negara.

kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai gandingan ideal, selain mampu untuk mengembalikan kestabilan negara. selain itu, corak kepimpinan demokrasi yang diamalkan juga menarik hati rakyat, setelah sekian lama terseksa dengan pemerintahan kuku besi tun dr. unta bahri.

dua hari yang lepas, tuan speaker iaitu dato' joe carpark telah mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan kejayaan kedua-dua pemimpin tersebut. tidak cukup dengan itu, parti besar-besaran telah diadakan di kediaman timbalan president, dato' sri paduka remy bagi mengcapkan terima kasih kepada sekelian rakyat yang slama ini menyokong beliau sebagai pemimpin. selain itu, sultan safwan ahmadiah, tun dr. unta bahri juga turut hadir bagi memeriahkan parti.

president negara, dato' dr. khai tidak dapat hadir kerana di maklumkan, beliau mempunyai temu janji di sebuah klinik gigi kerajaan, bagi menaik taraf keberkesanan penggunaan gigi beliau ketika makan.