Khamis, 25 Jun 2009

Majlis meraikan kemenangan pectoralis rakyat



Teluk Nganga : tanggal 21 jun 2009 yang lalu, dunia telah menyaksikan seorang pemerintah yang berwibawa iaitu dato' dr. khai tap ir. mengangkat sumpah di hadapan sultan yang mulia, sultan safwan ahmadiah di istana negara.

kemudian, dato' dr. khai tap ir. telah melantik seorang pemimpin yang sangat dipercayaai, dan di gemari oleh sekelian rakyat, iaitu dato' sri paduka Remy Bing, yang merupakan bekas mufti negara, untuk menjadi org kedua yang berkuasa di dalam negara.

kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai gandingan ideal, selain mampu untuk mengembalikan kestabilan negara. selain itu, corak kepimpinan demokrasi yang diamalkan juga menarik hati rakyat, setelah sekian lama terseksa dengan pemerintahan kuku besi tun dr. unta bahri.

dua hari yang lepas, tuan speaker iaitu dato' joe carpark telah mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan kejayaan kedua-dua pemimpin tersebut. tidak cukup dengan itu, parti besar-besaran telah diadakan di kediaman timbalan president, dato' sri paduka remy bagi mengcapkan terima kasih kepada sekelian rakyat yang slama ini menyokong beliau sebagai pemimpin. selain itu, sultan safwan ahmadiah, tun dr. unta bahri juga turut hadir bagi memeriahkan parti.

president negara, dato' dr. khai tidak dapat hadir kerana di maklumkan, beliau mempunyai temu janji di sebuah klinik gigi kerajaan, bagi menaik taraf keberkesanan penggunaan gigi beliau ketika makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan