Ahad, 28 Jun 2009

kunjungan Hormat Ke Jepun

video

Blok C : selaku timbalan president, datuk sri paduka Remy Bing telah membuat kunjungan hormat ke negara jepun utk menemui rakan sejawatnya,sir minoru shirota selain mengeratkan lagi hubungan perdangan diantara kedua-dua negara. kunjungan tersebut juga turut disertai bekas president, tun dr. unta bahri.

selain itu, kunjungan tersebut juga dilakukan adalah bagi memperbaharui semula kontrak pembelian minuman susu Yakult, selain melangsaikan hutang pembelian susu yg tertunggak,utk 9 bulan yg sebelumnya.

" Yakult adalah baik utk kesihatan.. saya minum dua.." kata beliau ketika ditemubual. di samping itu, datuk sri paduka remy juga berkesempatan utk mencuba beberapa alat muzik berteknologi tinggi yg direka sepenuhnya oleh rakyat jepun sendiri.

pemimpin yang prihatin



Blok H : tiada kata-kata yg dapat diungkapkan bagi menghargai segala jasa dan kebaikan yg di curahkan oleh pemimpin kpd rakyat di negara ini. begitulah yg diharapkan. seorang pemimpin yang cukup prihatin terhadap kesempitan hidup segelintir masyarakat yg selama ini tidak terbela nasibnya.

pagi tadi, selepas selesai menunaikan solat subuh secara berjamaah di sebuah masjid kg. buah serto, presiden negara iaitu datuk dr. khai tap ir. ( spt gmbar di atas ) sempat beramah mesra bersama penduduk kampung tersebut selain menghulurkn bantuan kpd pnduduk kampung yg kini sedang dilanda ketakutan untuk turun ke laut dan mencari nafkah, akibat amukan kumpulan pirate of tioman.

difahamkan, kumpulan lanun itu mengamuk serta mengadakan mogok lapar kerana janji-janji yg diberikan oleh seorg pemimpin yg terdahulu masih belum dikotakan. suatu ketika dulu, berita gempar pernah tersebar di seluruh negara mengenai kes penculikan seorg pencari kerang profesional, iaitu en. alham sebelum dibebaskan oleh kumpulan lanun tersebut setelah menandatangani perjanjian bersama tun dr. unta bahri.

di dalam perjanjian tersebut, tun dr. unta bahri telah berjanji utk memberikan sebatang lg rokok sbg syarat bagi membebaskan tahanan. tetapi sehingga kini, kumpulan lanun tersebut terus hampa kerana langsung tidak menerima sebatang lg rokok yg dijanjikn.

oleh itu, presiden negara yg kini, iaitu datuk dr. khai tap ir. berjanji akn memenuhi janji tersebut dan berharap agar kumpulan lanun tersebut tidak akan menimbulkan lg kekacauan di sempadan perairan negara.

" kito bg sedozen lallu.." begitulah respon pendek yg diberikan oleh datuk dr. khai tap ir. ketika ditemuramah oleh wartawan sebelum memasuki dewan parlimen tengah hari td.

Jumaat, 26 Jun 2009

Jangan Terus Berpesta

video

Teluk Nganga : hari ini, president negara iaitu dato' dr. khai tap ir. mengingatkan kesemua pemimpin supaya jangan leka dengan mengadakan pelbagai pesta untuk meraikan kejayaan mereka yang lepas. seharusnya, kesemua ahli kabinet yang diipilih harus bekerja keras demi membalas jasa rakyat yang selama ini mempercayai sepenuhnya kepimpinan mereka.

"...para pemimpin digesa supaya lebih peka terhadap kepentingan rakyat, bukan menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan sendiri.." ucap dato' khai ketika ditemuramah oleh wartawan.

rakaman video di atas sempat dirakamkan oleh wartawan ketika menghadiri pesta hari kedua yang di adakan di kediaman dato' sri paduka remy bing. pesta itu dikatakan akan diadakan selama seminggu berturut-turut.

turut hadir ketika pesta hari kedua itu, termasuklah gabenor negara, dato' bong zarul. beliau mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan pectoralis rakyat yang menang besar di dalam pilihan raya yang lepas setelah mengalahkan pencabar.

keputusan pilihan raya adalah seperti berikut:

* parti pectoralis rakyat- 90% undi.
* parti unta comel- 7% undi.
* parti serangkai puaka- 2% undi.
* parti janin terbang- 1%.

Khamis, 25 Jun 2009

Majlis meraikan kemenangan pectoralis rakyat

video

Teluk Nganga : tanggal 21 jun 2009 yang lalu, dunia telah menyaksikan seorang pemerintah yang berwibawa iaitu dato' dr. khai tap ir. mengangkat sumpah di hadapan sultan yang mulia, sultan safwan ahmadiah di istana negara.

kemudian, dato' dr. khai tap ir. telah melantik seorang pemimpin yang sangat dipercayaai, dan di gemari oleh sekelian rakyat, iaitu dato' sri paduka Remy Bing, yang merupakan bekas mufti negara, untuk menjadi org kedua yang berkuasa di dalam negara.

kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai gandingan ideal, selain mampu untuk mengembalikan kestabilan negara. selain itu, corak kepimpinan demokrasi yang diamalkan juga menarik hati rakyat, setelah sekian lama terseksa dengan pemerintahan kuku besi tun dr. unta bahri.

dua hari yang lepas, tuan speaker iaitu dato' joe carpark telah mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan kejayaan kedua-dua pemimpin tersebut. tidak cukup dengan itu, parti besar-besaran telah diadakan di kediaman timbalan president, dato' sri paduka remy bagi mengcapkan terima kasih kepada sekelian rakyat yang slama ini menyokong beliau sebagai pemimpin. selain itu, sultan safwan ahmadiah, tun dr. unta bahri juga turut hadir bagi memeriahkan parti.

president negara, dato' dr. khai tidak dapat hadir kerana di maklumkan, beliau mempunyai temu janji di sebuah klinik gigi kerajaan, bagi menaik taraf keberkesanan penggunaan gigi beliau ketika makan.

Ahad, 17 Mei 2009

hilangnya takhtaku..

video

Suara OK : di saat-saat akhir pemerintahan datuk dr.unta bahri di wilayah Republik of RBT, beliau kelihatan seolah2 terasa dengan kehilangan kuasa yg dimiliki oleh beliau selama ini. sementara itu, tekanan drp pihak parti pembangkang, datuk khai Tap ir. di lihat semakin menjadi-jadi.

perkara trbaru yg dilakukan oleh datuk khai tap ir. adalah dgn mengadakan hubungan diplomatik bersama kuasa besar dunia, iaitu amerika syarikat, bagi mempermudahkan lg urusan penggulingan kerajaan unta bahri di republik of RBT..

president amerika, sir jose sanip dilihat menunjukkan tanda2 positif bagi membantu datuk khai tap ir. untuk menjatuhkan takhta yg dimiliki oleh dr. unta bahri.

rakaman video di atas berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup di sebuah pub yg beroperasi secara haram yg terletak di ibu negeri baru-baru ini. lagu yg dibawa oleh beliau ketika itu sedang menggambarkan kesedihan yg ditanggung oleh beliau kerana terpaksa melepaskan jawatan sebagai president tidak lama lagi.

Ahad, 5 April 2009

Kembali Kepada Rakyat



Blok C: pada 6 april 2009, blog "Lantera" telah kembali menyiarkan berita-berita hangat mengenai politik setelah tamat tarikh penggantungannya semalam. segalanya dirancang oleh datuk Dr. Unta yang mengarahkan menteri keselamatan dalam negeri, Datuk Bong Zarul agar mengenakan sekatan keatas blog itu daripada menyiarkan scandal-scandal beliau demi kehendaknya untuk memenangi semula hati rakyat menjelang pilhan raya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

penamaan calon telah pun selesai dilakukan dan kini para calon sedang bergiat aktif mengadakan rapat umum bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat. selain daripada itu, sultan safwan ahmadiah berharap agar suasana pilihan raya kali ini adalah telus dan adil demi menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

Isnin, 16 Mac 2009

Langkah penyelesaian yang terbaik



Blok C : hari ini, ketua hakim negara, datuk jack palie telah mengemukakan langkah penyelesaian bagi menangani konflik dalaman yang melanda republik dengan cadangan untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa yang akan berlangsung selewat-lewatnya pada penggal kedua yang akan datang.

"saya sbg hakim negara yg bertanggungjawab kpd perlembagaan negara mengumumkan langkah penyelesaian yg telah dirangka:

* pelan peralihan kuasa telah diwujudkan dan dibentang pada penggal kedua sidang
parlimen.
* Mewujudkan sebuah pertubuhan anti rasuah yang lebih telus.
* mempercepatkan tarikh pilihan raya umum.

sekian, harap maklum"

sehubungan itu, beliau berharap kesemua pihak akan memberikan kerjasama dan bersabar dengan segala masalah yang timbul ekoran desakan daripada pelbagai pihak yang meminta supaya datuk dr. unta bahri meletakkan jawatan secepat mungkin.

Sabtu, 28 Februari 2009

Pectoralis Rakyat Sedia Ambil Alih




Blok H : Demi rakyat! ketua umum parti Pectoralis Rakyat, Datuk Khai Tap Ir. pagi tadi mengumumkan kesediaan beliau untuk mengambil alih kerajaan daripada parti Untaniah yang diterajui oleh datuk Dr. Unta Bahri. beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan cara kotor untuk mengambil alih kerajaan, sebaliknya beliau akan bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jelasnya lagi, tujuan beliau untuk mengambil alih kerajaan bukanlah semata-mata untuk mengecapi kesenangan ataupun kuasa, tetapi niat beliau hanyalah untuk kepentingan rakyat.

"Biarlah rakyat yang menentukan" katanya, yang ditemubual oleh wartawan setelah selesai solat subuh secara berjamaah di masjid Sultan Ahmadiah. segalanya akan terjawab kemudian samaada Datuk Unta Bahri mampu untuk mempertahankan kerusi President, ataupun ditumbangkan oleh Pectoralis Rakyat.

Jangan Cabar Kedaulatan Sultan



Blok KH: Baginda Sultan Safwan Ahmadiah semalam berang dengan konflik yang sedang berlaku di negara ini, lalu memanggil 4 orang pemimpin utama Republik of RBT bagi menerangkan apa yang terjadi dan membincangkan jalan penyelesaian secepat mungkin.

Baginda sultan berkata, perkara ini perlu dipandang serius kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuklah serangan dari negara-negara jiran yang menggunakan kesempatan ini untuk menawan negara, ekoran konflik dalaman yang berlaku.

selain itu, Baginda sultan juga turut menyelar tindakan president, datuk unta bahri yang gagal memenuhi permintaan rakyat, malah menambah lagi masalah yang ada di dalam negara ini.

Baginda berharap, kesemua parti-parti politik yang ada juga haruslah bersatu menangani masalah ini, demi mengembalikan keamanan dan kemakmuran di negara ini.

Sedia Bertindak!





Pejabat Perdana : setelah rusuhan yang diadakan oleh rakyat bertahan selama seminggu, akhirnya menteri keselamatan dalam negeri, datuk Bong Zarul terpaksa mengarahkan pasukan unit gerakan khas, G-Force bertindak untuk meleraikan rusuhan tersebut. ini kerana rusuhan itu telah mengakibatkan berbagai-bagai kerosakan disamping telah menyelar kedaulatan negara di mata dunia. kini, banyak negara-negara luar sedang memerhati karenah rakyat di bawah pimpinan president, dan ianya tidak mustahil sekiranya mereka menarik balik pelaburan yang bernilai bertrilion-trilion Rial, untuk mengelakkan daripada menanggung kerugian.




selain itu, pasukan Marine G-Force juga turut dikerahkan bagi memastikan keselamatan negara dari ancaman kumpulan pirate of tioman, yang sebelum ini telah tertipu oleh tindakan president, datuk unta bahri yang berjanji akan memberikan sebatang lagi rokok sebagai syarat untuk membebaskan pencari kerang profesional,beberapa bulan lalu. tetapi, hingga ke hari ini, president masih belum menyerahkan baki rokok tersebut, sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian.

Rabu, 25 Februari 2009

Kami Tak Setuju..



Mengamuk : rakyat hari ini berkumpul sambil membawa sepanduk di hadapan pejabat perdana bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan president, datuk unta bahri yang semalam bersetuju untuk menerima seorang penasihat luar yang katanya bagi memperbaiki keadaan politik dan ekonomi di negara ini.

Rata-rata rakyat berpendapat ianya adalah sebagai salah satu lagi helah president, bagi tujuan kepentingan politik beliau. kini, rakyat sudah pun hilang sabar dan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan datuk unta bahri, sekaligus mendesak beliau untuk meletakkan jawatan secepat mungkin.

Dahulunya, datuk unta bahri mengingkari janjinya terhadap rakyat berhubung isu penurunan cukai, dan kini beliau cuba untuk menjadikan negara ini seolah-olah milik beliau. perkara ini juga telah mengundang kemurkaan sultan Safwan Ahmadiah, yang selama ini menyokong kepimpinan datuk unta bahri.

Negara Ini Milik Aku!



Blok KH : hari ini menunjukkan sekali lagi president Republik of RBT telah meningkatkan kemarahan rakyat dengan mengambil seorang penasihat dari luar yang dikatakan hanyalah untuk membantu mengembalikan kestabilan negara.

Akan tetapi,rakyat sudah pun tahu mengenai perkara tersebut. ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk meendapatkan pengaruh dari negara-negara yang mempunyai kuasa besar semata-mata demi kepentingan politik beliau sendiri.

Petikan daripada Blog "gosip2 Dalam Bulatan" menyatakan bahawa tujuan datuk Unta Bahri menerima seorang penasihat asing tersebut adalah untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai president Republik of RBT untuk tempoh jangka masa yang lebih lama. Dengan itu, beliau akan mempunyai banyak masa untuk mengecapi kesenangan hidup yang diperolehi daripada penderitaan rakyat.selain itu, datuk unta Bahri juga dikaitkan dengan skandal rasuah mengenai pembelian beberapa buah kereta untuk tujuan kegunaan Exco negeri.

Sabtu, 21 Februari 2009

Terima Kasih



Bengkel KH : Terima kasih!! itulah yang diucapkan oleh pencari kerang Profesional, En. Alham ( gambar ) sambil menunjukkan "peace" kepada yang terlibat di dalam rundingan bagi usaha membebaskan beliau daripada tawanan lanun. laporan rawatan semasa menunjukkan bahawa beliau masih belum berada dalam keadaan stabil dan trauma dengan kejadian tersebut.

sepertimana yang diberitahu, beliau sentiasa berada di dalam keadaan takut dan bimbang ketika ditawan kerana beliau tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, selain lesen pemandu kapal yang dinaiki oleh lanun tersebut telah tamat tempoh.

selain itu, beliau hanya diberi sebiji kurma sehari untuk mengisi perut dan beliau terpaksa berkongsi sebatang rokok bersama tahanan-tahanan yang lain. kini beliau mengerti apa yang dimaksudkan kebebasan dan beliau berharap perkara itu tidak akan berulang lagi. jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada yang terlibat di dalm rundingan itu, dan juga kepada seluruh rakyat Republik of RBT.

Bebaskan Rakyat Republik of RBT!!!



Pulau Tioman : petang tadi merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh sekalian rakyat Republik of RBT mengenai hasil rundingan president bersama ketua kumpulan Pirate of Tioman berhubung dengan kes penculikan seorang rakyat negara ini oleh kumpulan lanun tersebut. rundingan tersebut turut disertai oleh Baginda Sultan Safwan Ahmadiah ( baris hadapan sebelah Kiri), President,Datuk Unta Bahri ( baris hadapan tengah ) Ketua kumpulan Pirate of Tioman ( baris hadapan sebelah kanan ) Mufti Negara, Datuk Remy ( baris kedua kiri ) Ketua Umum parti PBB, Datuk Joe ( baris kedua kanan )dan juga ketua hakim negara, Datuk Jack Palie ( belakang ). di dalam rundingan itu, datuk unta bahri meminta ketua lanun tersebut membebaskan en. alham yang telah diculik ketika sedang leka mencari kerang di sekitar pantai tioman kira-kira 10 tahun lalu. dengan kebijaksanaan kelima-lima wakil negara Republik itu, akhirnya pencari kerang tersebut berjaya diselamatkan dan ketua lanun tersebut meminta sebatang rokok sebagai pertukaran. En. Alham selamat pulang ke tanah air dan disambut dengan gembira oleh isteri dan anak-anak beliau.

Jumaat, 20 Februari 2009

Di mana Janji President..??



Blok KH: 3 bulan telah berlalu dimana pilihan raya umum telah diadakan bagi memilih pengganti Tun Dr. Atam bagi jawatan President Republik of RBt. dunia telah menyaksikan dimana Datuk Dr.Unta Bahri telah memenangi pilihan raya umum tersebut dan kini beliau digelar wira oleh rakyat kerana beliau berjaya mengubah kedudukan ekonomi semasa Republik of RBT ke tahap yang lebih baik dan meyakinkan. akan tetapi, timbul sedikit keraguan dan kegusaran di hati rakyat dimana kesemua janji2 yang ditabur oleh datuk unta Bahri sehingga kini belum ditunaikan. berdasarkan manifesto:

" Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Cukai Kelas "

nampaknya sehingga kini masih belum membuahkan hasil. akhirnya, rakyat terpaksa sabar menunggu angan-angan tersebut sehingga ada segelintir ahli2 parlimen yang mengheret isu tersebut ke dalam dewan parlimen. namun, datuk Unta Bahri hanya memberikan respon yang sinis mengenai isu tersebut seolah-olah beliau tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada rakyat. apakah tindakan yang seterusnya yg diambil oleh Datu Dr. Unta Bahri..?? Ianya terus berlegar-legar dan bermain di dalam kotak fikiran rakyat Republik of RBT.