Sabtu, 28 Februari 2009

Pectoralis Rakyat Sedia Ambil Alih




Blok H : Demi rakyat! ketua umum parti Pectoralis Rakyat, Datuk Khai Tap Ir. pagi tadi mengumumkan kesediaan beliau untuk mengambil alih kerajaan daripada parti Untaniah yang diterajui oleh datuk Dr. Unta Bahri. beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan cara kotor untuk mengambil alih kerajaan, sebaliknya beliau akan bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jelasnya lagi, tujuan beliau untuk mengambil alih kerajaan bukanlah semata-mata untuk mengecapi kesenangan ataupun kuasa, tetapi niat beliau hanyalah untuk kepentingan rakyat.

"Biarlah rakyat yang menentukan" katanya, yang ditemubual oleh wartawan setelah selesai solat subuh secara berjamaah di masjid Sultan Ahmadiah. segalanya akan terjawab kemudian samaada Datuk Unta Bahri mampu untuk mempertahankan kerusi President, ataupun ditumbangkan oleh Pectoralis Rakyat.

Jangan Cabar Kedaulatan Sultan



Blok KH: Baginda Sultan Safwan Ahmadiah semalam berang dengan konflik yang sedang berlaku di negara ini, lalu memanggil 4 orang pemimpin utama Republik of RBT bagi menerangkan apa yang terjadi dan membincangkan jalan penyelesaian secepat mungkin.

Baginda sultan berkata, perkara ini perlu dipandang serius kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuklah serangan dari negara-negara jiran yang menggunakan kesempatan ini untuk menawan negara, ekoran konflik dalaman yang berlaku.

selain itu, Baginda sultan juga turut menyelar tindakan president, datuk unta bahri yang gagal memenuhi permintaan rakyat, malah menambah lagi masalah yang ada di dalam negara ini.

Baginda berharap, kesemua parti-parti politik yang ada juga haruslah bersatu menangani masalah ini, demi mengembalikan keamanan dan kemakmuran di negara ini.

Sedia Bertindak!





Pejabat Perdana : setelah rusuhan yang diadakan oleh rakyat bertahan selama seminggu, akhirnya menteri keselamatan dalam negeri, datuk Bong Zarul terpaksa mengarahkan pasukan unit gerakan khas, G-Force bertindak untuk meleraikan rusuhan tersebut. ini kerana rusuhan itu telah mengakibatkan berbagai-bagai kerosakan disamping telah menyelar kedaulatan negara di mata dunia. kini, banyak negara-negara luar sedang memerhati karenah rakyat di bawah pimpinan president, dan ianya tidak mustahil sekiranya mereka menarik balik pelaburan yang bernilai bertrilion-trilion Rial, untuk mengelakkan daripada menanggung kerugian.




selain itu, pasukan Marine G-Force juga turut dikerahkan bagi memastikan keselamatan negara dari ancaman kumpulan pirate of tioman, yang sebelum ini telah tertipu oleh tindakan president, datuk unta bahri yang berjanji akan memberikan sebatang lagi rokok sebagai syarat untuk membebaskan pencari kerang profesional,beberapa bulan lalu. tetapi, hingga ke hari ini, president masih belum menyerahkan baki rokok tersebut, sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian.

Rabu, 25 Februari 2009

Kami Tak Setuju..



Mengamuk : rakyat hari ini berkumpul sambil membawa sepanduk di hadapan pejabat perdana bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan president, datuk unta bahri yang semalam bersetuju untuk menerima seorang penasihat luar yang katanya bagi memperbaiki keadaan politik dan ekonomi di negara ini.

Rata-rata rakyat berpendapat ianya adalah sebagai salah satu lagi helah president, bagi tujuan kepentingan politik beliau. kini, rakyat sudah pun hilang sabar dan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan datuk unta bahri, sekaligus mendesak beliau untuk meletakkan jawatan secepat mungkin.

Dahulunya, datuk unta bahri mengingkari janjinya terhadap rakyat berhubung isu penurunan cukai, dan kini beliau cuba untuk menjadikan negara ini seolah-olah milik beliau. perkara ini juga telah mengundang kemurkaan sultan Safwan Ahmadiah, yang selama ini menyokong kepimpinan datuk unta bahri.

Negara Ini Milik Aku!



Blok KH : hari ini menunjukkan sekali lagi president Republik of RBT telah meningkatkan kemarahan rakyat dengan mengambil seorang penasihat dari luar yang dikatakan hanyalah untuk membantu mengembalikan kestabilan negara.

Akan tetapi,rakyat sudah pun tahu mengenai perkara tersebut. ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk meendapatkan pengaruh dari negara-negara yang mempunyai kuasa besar semata-mata demi kepentingan politik beliau sendiri.

Petikan daripada Blog "gosip2 Dalam Bulatan" menyatakan bahawa tujuan datuk Unta Bahri menerima seorang penasihat asing tersebut adalah untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai president Republik of RBT untuk tempoh jangka masa yang lebih lama. Dengan itu, beliau akan mempunyai banyak masa untuk mengecapi kesenangan hidup yang diperolehi daripada penderitaan rakyat.selain itu, datuk unta Bahri juga dikaitkan dengan skandal rasuah mengenai pembelian beberapa buah kereta untuk tujuan kegunaan Exco negeri.

Sabtu, 21 Februari 2009

Terima Kasih



Bengkel KH : Terima kasih!! itulah yang diucapkan oleh pencari kerang Profesional, En. Alham ( gambar ) sambil menunjukkan "peace" kepada yang terlibat di dalam rundingan bagi usaha membebaskan beliau daripada tawanan lanun. laporan rawatan semasa menunjukkan bahawa beliau masih belum berada dalam keadaan stabil dan trauma dengan kejadian tersebut.

sepertimana yang diberitahu, beliau sentiasa berada di dalam keadaan takut dan bimbang ketika ditawan kerana beliau tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, selain lesen pemandu kapal yang dinaiki oleh lanun tersebut telah tamat tempoh.

selain itu, beliau hanya diberi sebiji kurma sehari untuk mengisi perut dan beliau terpaksa berkongsi sebatang rokok bersama tahanan-tahanan yang lain. kini beliau mengerti apa yang dimaksudkan kebebasan dan beliau berharap perkara itu tidak akan berulang lagi. jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada yang terlibat di dalm rundingan itu, dan juga kepada seluruh rakyat Republik of RBT.

Bebaskan Rakyat Republik of RBT!!!



Pulau Tioman : petang tadi merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh sekalian rakyat Republik of RBT mengenai hasil rundingan president bersama ketua kumpulan Pirate of Tioman berhubung dengan kes penculikan seorang rakyat negara ini oleh kumpulan lanun tersebut. rundingan tersebut turut disertai oleh Baginda Sultan Safwan Ahmadiah ( baris hadapan sebelah Kiri), President,Datuk Unta Bahri ( baris hadapan tengah ) Ketua kumpulan Pirate of Tioman ( baris hadapan sebelah kanan ) Mufti Negara, Datuk Remy ( baris kedua kiri ) Ketua Umum parti PBB, Datuk Joe ( baris kedua kanan )dan juga ketua hakim negara, Datuk Jack Palie ( belakang ). di dalam rundingan itu, datuk unta bahri meminta ketua lanun tersebut membebaskan en. alham yang telah diculik ketika sedang leka mencari kerang di sekitar pantai tioman kira-kira 10 tahun lalu. dengan kebijaksanaan kelima-lima wakil negara Republik itu, akhirnya pencari kerang tersebut berjaya diselamatkan dan ketua lanun tersebut meminta sebatang rokok sebagai pertukaran. En. Alham selamat pulang ke tanah air dan disambut dengan gembira oleh isteri dan anak-anak beliau.

Jumaat, 20 Februari 2009

Di mana Janji President..??



Blok KH: 3 bulan telah berlalu dimana pilihan raya umum telah diadakan bagi memilih pengganti Tun Dr. Atam bagi jawatan President Republik of RBt. dunia telah menyaksikan dimana Datuk Dr.Unta Bahri telah memenangi pilihan raya umum tersebut dan kini beliau digelar wira oleh rakyat kerana beliau berjaya mengubah kedudukan ekonomi semasa Republik of RBT ke tahap yang lebih baik dan meyakinkan. akan tetapi, timbul sedikit keraguan dan kegusaran di hati rakyat dimana kesemua janji2 yang ditabur oleh datuk unta Bahri sehingga kini belum ditunaikan. berdasarkan manifesto:

" Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Cukai Kelas "

nampaknya sehingga kini masih belum membuahkan hasil. akhirnya, rakyat terpaksa sabar menunggu angan-angan tersebut sehingga ada segelintir ahli2 parlimen yang mengheret isu tersebut ke dalam dewan parlimen. namun, datuk Unta Bahri hanya memberikan respon yang sinis mengenai isu tersebut seolah-olah beliau tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada rakyat. apakah tindakan yang seterusnya yg diambil oleh Datu Dr. Unta Bahri..?? Ianya terus berlegar-legar dan bermain di dalam kotak fikiran rakyat Republik of RBT.