Sabtu, 28 Februari 2009

Pectoralis Rakyat Sedia Ambil Alih




Blok H : Demi rakyat! ketua umum parti Pectoralis Rakyat, Datuk Khai Tap Ir. pagi tadi mengumumkan kesediaan beliau untuk mengambil alih kerajaan daripada parti Untaniah yang diterajui oleh datuk Dr. Unta Bahri. beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan cara kotor untuk mengambil alih kerajaan, sebaliknya beliau akan bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jelasnya lagi, tujuan beliau untuk mengambil alih kerajaan bukanlah semata-mata untuk mengecapi kesenangan ataupun kuasa, tetapi niat beliau hanyalah untuk kepentingan rakyat.

"Biarlah rakyat yang menentukan" katanya, yang ditemubual oleh wartawan setelah selesai solat subuh secara berjamaah di masjid Sultan Ahmadiah. segalanya akan terjawab kemudian samaada Datuk Unta Bahri mampu untuk mempertahankan kerusi President, ataupun ditumbangkan oleh Pectoralis Rakyat.

1 ulasan:

  1. smoga peralihan kuasa akan lebih memajukan negara.
    diharapkan agar tidak tercetusnya hi-jack yang boleh menyebabkan pertumpahan darah nyamuk, mahupun darah kambing.

    BalasPadam